Publication & Writing Tool
- Publication Information (Journal & Publisher)
- Conference & Workshop Information
- Writing Resources, Tools & Aids
PEMAKLUMAN KETETAPAN PENGGUNAAN ALAMAT RASMI & LARANGAN MENYEBUT "PUSAT ASASI UITM" DALAM PENERBITAN
Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Pusat Asasi bertarikh 22 Ogos 2019 telah membuat beberapa ketetapan berkaitan penulisan artikel dan penerbitan.
Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Pusat Asasi bertarikh 22 Ogos 2019 telah membuat beberapa ketetapan berkaitan penulisan artikel dan penerbitan.
- Pensyarah DIWAJIBKAN menggunakan alamat rasmi Pusat Asasi untuk semua penerbitan iaitu: Centre of Foundation Studies, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Selangor, Kampus Dengkil 43800 Dengkil, Selangor, Malaysia.
- Pensyarah TIDAK DIBENARKAN menyebut "Pusat Asasi UiTM atau Centre of Foundation Studies UiTM" di dalam mana-mana penulisan artikel dan penerbitan samada pada tajuk atau kandungan artikel. Pensyarah perlu menggunakan perkataan yang lebih umum seperti "Pre-University Programme in Malaysia" dan sebagainya.
- Sekiranya melaksanakan kajian institusi berkaitan Pusat Asasi, dan perlu menyebut "Pusat Asasi UiTM atau Centre of Foundation Studies UiTM" di dalam artikel, pensyarah diminta untuk mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengarah (Ketua PTJ) sebelum artikel ditulis dan diterbitkan.
Pembiayaan Yuran Penerbitan Artikel
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah melancarkan inisiatif Pembiayaan Yuran Penerbitan Artikel (PYPA). PYPA adalah skim pembiayaan khusus untuk penyelidik UiTM bagi bayaran yuran penerbitan jurnal yang diindeks oleh Scopus dan WoS.
PYPA bertujuan untuk meningkatkan penerbitan artikel jurnal berindeks dan seterusnya menaikkan kedudukan UiTM dalam penarafan tempatan dan antarabangsa. Click 👉🏻 Goolge Form Permohonan PYPA Click 👉🏻 Borang Permohonan PYPA Click 👉🏻 Syarat Permohonan PYPA Click 👉🏻 Carta Alir PYPA Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada RMC menerusi emel berikut: [email protected] |